It is clear, then, that wisdom is knowledge having to do with certain principles and causes. But now, since it is this knowledge that we are seeking, we must consider the following point: of what kind of principles and of what kind of causes is wisdom the knowledge? (Aristotle)
Peace to you guys. How’s your preparation for Hari raya Aidilfitri? Hope all the preparations gonna be complete before the end of ramadhan. We almost near to our big celebration day right. I also not escape from doing the same thing likewise you guys did. hehehe You know guys, I become impatient waiting that day coming. I’d already buy a new “songkok” and it looks nice and suit with me.hahaha Besides that, this semester become a very memorable to me because this semester is the first time I’m fasting in University, iftar and shopping raya with my friends. Every minutes and every second was high precious value in our memory. Finally, hope next time ramadhan will give us a one shot good nostalgia again..kikikiki
ANYWAY, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI TO MUSLIM AND MUSLIMAH AND NOT FORGOTTEN TO MPP, MY FRIENDS, AND ALL BLOGGERS!!
Pertama sekali, apa khabar? Saya harap anda semua dalam keadaan yang baik dan sihat walafiat. Ini adalah coretan saya yang kedua tentang pemerhatian saya dialam kampus UNISEL. Saya ingin menyentuh tentang pemikiran dan pandangan “hamba Allah” yang bertugas diunit tertentu. Cerita yang ingin saya sampaikan ini berkisar tentang betapa lemahnya minda sesorang individu yang tidak berfikiran terbuka dan tidak melihat sejauh mana kata-kata atau pandangan yang ingin disampaikan, umpama merempit tanpa memakai helmet lagaknya. Walaupun hamba Allah ini bekas graduan dari Unisel tetapi pemikirannya masih ditakuk ruang yang sempit.
Tanpa berlengah masa lagi, begini, minggu lepas saya mengikuti kelas kokurikulum (koko) dimana kelas ini telah diajar oleh “hamba Allah” yang telah saya sebutkan di atas. Pengajaran yang beliau sampaikan tidaklah begitu menarik walaupun beliau cuba membuat lawak bodoh tetapi tidak ada pelajar yang terhibur dengan lawaknya dan secara tidak lansung menyebabkan beliau kelihatan seperti seorang pak lawak atau badut yang bodoh diatas pentas. Nak dijadikan cerita semasa beliau sedang mengajar, beliau telah menyentuh tentang “jika ada isu yang berbangkit jangan salahkan orang lain salahkan diri sendiri”, “bila anda menuding jari ke orang lain lihat jari lain yang terarah ke diri sendiri”. Saya berfikir mengapa dia bercakap begitu? Semasa saya pergi ke rumah sahabat saya, saya telah menimbulkan persoalan yang bersarang dikepala saya ini. Sahabat saya ini mempunyai pengalaman yang luas dalam politik kampus dan telah merasai kebangkitan sebenar mahasiswa semasa beliau dipengajian diploma dikolej lama beliau. Sahabat saya ini mengatakan bahawa hamba Allah tersebut berfikiran sempit. Sepatutnya hamba Allah tersebut perlu memikirkan dengan lebih dalam mengapa sesuatu masalah atau sesuatu isu timbul. Bak kata orang, “ jika tiada angin masakan pokok boleh bergoyang”. Sepatutnya pihak tertentu perlu mengkaji kenapa ada pihak yang bersuara lantang dalam membawa sesuatu isu atau masalah. Pihak yang bersuara lantang tidak akan bersuara menentang jika tiada isu atau masalah yang timbul. Ingin saya selitkan sedikit dengan suasana politik diluar sana. Seperti yang kita ketahui, perhimpunan yang dianjurkan seperti BERSIH dan lain-lain perhimpunan yang aman bukanlah perhimpunan yang haram tetapi pihak kerajaan yang diperintah oleh orang tertentu telah mengatakan ianya adalah demonstrasi jalanan yang berunsurkan kekacauan kepada ketenteraman awam. Kerajaan yang kita sayangi ini telah melaungkan dasar demokrasi kononnya kita boleh bersuara dalam menyatakan ketidakpuasan hati dalam setiap isu yang timbul, tetapi saya tidak nampak dimana ruang untuk rakyat bebas bersuara selagi Akta ISA tidak dimansuhkan oleh kerajaan yang diterajui logo cap dancing. Ingin saya mengambil contoh negara yang betul-betul demokrasi dari sahabat saya yang saya ceritakan tadi, beliau telah pergi ke korea dan berasa terkejut dengan corak pemerintahan disana kerana memberikan sepenuh hak bersuara kepada rakyatnya. Setiap isu yang timbulkan akan ada perhimpunan secara aman yang dikawal oleh polis dan polis yang berkawal akan mengiringi kumpulan yang berhimpun sehingga ke pejabat perdana menteri. Dan yang paling membuatkan sahabat saya “salute” pada mereka, setiap kali perhimpunan yang dianjurkan dihadiri dari sekecil bayi, budak berusia 1 tahun hingga ke orang tua. Tetapi berbeda sekali di Malaysia, rakyat baru berhimpun tetapi polis dan FRU telah datang seperti amukan lembu jantan dan tanpa sebab menyemburkan gas pemedih mata ke arah mereka. Siapa yang tidak marah jika diserang tanpa sebab.
Berbalik kepada cerita tadi, hamba Allah tersebut cuba membuat kesimpulan bahawa undang-undang perlu diikuti bukan untuk ditentang. Ingin saya tegaskan disini, undang-undang yang dicipta oleh manusia tidak pernah sempurna dan undang-undang dunia ini jugalah yang menyebabkan manusia yang berkuasa menindas insan yang lemah dan mengunakan kuasa undang-undang dunia untuk menutup kemungkaran yang dilakukan. Undang-undang dunia jugalah yang menyebabkan manusia semakin alpa dalam mencorak kepimpinan yang telus dan jujur. Saya tidak mengatakan undang-undang dunia adalah 100% tidak boleh digunakan. Apa yang saya maksudkan didalam konteks ini adalah kita boleh mencipta tetapi tidak mungkin sempurna sebagaimana undang-undang yang telah tertulis didalam Al-Quran. Dan jika ada undang-undang yang menindas atau menyusahkan hak-hak kita, kita sepatutnya menentang. Bak kata sahabat saya, “Undang-undang yang dicipta bukan untuk menyusahkan rakyat tetapi untuk menyenangkan rakyat.”
Selain itu, rupa-rupanya hamba Allah ini adalah seorang yang panas baran juga. Mengapa saya berkata begitu? Semasa minggu pertama saya mengikuti kelas beliau, saya berserta kawan-kawan yang lain telah diberi amaran supaya jangan menimbulkan masalah yang boleh menyebabkan dia boleh membaling kerusi kearah kami. Saya terkejut dan bertanya-tanyakan sesama kami bagaimana beliau boleh mengajar kami? Apakah kelayakan beliau untuk bercakap begitu terhadap kami? Kami bukan lagi budak-budak kecil yang boleh dilayan sebegitu teruk. Sepatutnya hamba Allah yang “tolol” ini perlu berfikir dahulu sebelum bercakap bukan bercakap seperti orang yang tidak bersekolah. Mungkin beliau tidak tahu bercakap dengan berhemah dan tidak tahu cara mengajar dengan betul. Selepas ini harapan saya agar Unisel memilih pengajar yang baik walaupun sekadar pembantu pengajar sahaja.
Akhir kata, dalam menjana pemikiran yang luas, perlu berfikir secara mendalam dan melihat setiap pro dan kontra setiap kejadian yang berlaku. Kaji apa yang tersurat dan tersirat disebaliknya. Sekiranya kita bercakap dan bertindak dengan sewenangnya maka kita akan diumpamakan seperti "sitolol" seperti diatas.
Thank you to all my friends because you all willing to visit my blog and leave some interesting comment. I'm very appreciate that. Hope all those comments would encourage me to throw out and upgrading my ideas soon. I feel sorry if my comment would hurting someone heart but I'm trying to tell the truth of fact that among of us are not realized. Anyway, lets us make a change in our steps to strive the success.
Was an ordinary person that has born in Perak but stay in the pearl of the orient. My previous education in STPM, ELS center, and NIOSH. Enthusiastic in political campus and Malaysia politician. The politic follower Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Sebab-Akibat
-
Sebab-akibat antara elemen penting dalam ilmu sejarah. Pemikiran
sebab-akibat ini penting bagi mengelakkan kita membuat ramalan dan andaian
melampau.
Ra...
Yang Harus Diketahui Tentang Obat Pembesar Penis
-
Yang Harus Diketahui Tentang Obat Pembesar Penis
*Obat pembesar penis* adalah salah satu cara agar para pria mampu memberi
kebahagiaan kepada pasangan terc...
Sejarah Masjid Dato, Pattani
-
Terletak di Kampung Dato , Tambon Laem Pho , ia adalah kira-kira sepuluh
kilometer dari Majlis Daerah Yaring di laluan yang sama untuk Pantai Teluk
Kapo....
-
Assalamualaikum
Sekian lama tidak bersua, akhirnya dikesempatan yang diberi ku nukilkan
rasa rindu buat sahabat menerusi penulisan tanpa lisan....
Sahaba...
HANYA aku yang rasa
-
Getaran Jantung pada malam ini sangat lain
adakah dia yang datang atau hanya sekadar degupan biasa
tapi aku always fikirikannya..MENGAPA????
Setitik rasa m...
Masuk paper lagi...huhu...
-
Pelajar Unisel bantah pelantikan Dr. Anuar pemangku NC
SHAH ALAM 6 Ogos - Mahasiswa Universiti Selangor (Unisel) membantah
keputusan Lembaga Pengarah u...
PERUTUSAN PEMBUBARAN MPP 0910 DARI MEJA YDP
-
Assalamualaikum WRT & Salam Sejahtera…
1 Mac 2010, tarikh yang dipilih oleh pihak pentadbiran universiti bagi
pembubaran kabinet Majlis Perwakilan Pelaj...
cerita....
-
salam
kepada semua kwn2 sekian lama aku mnyepikan diri ini disebabkan banyak
kerja dan urusan perlu diuruskan.. hari ini aku ingin berkongsi dgn kwn2
sekal...
P.S I love you
-
Finally, at this very moment, i realize something...
we may live all our life,
struggling each and everyday to ensure the best,
and yet, sometimes...
what w...
SEBELUM MALAIKAT MAUT DATANG MENJEMPUT…
-
*PEMBUKA BICARA*
Menyelak helaian surat khabar, helai demi helai..Mata penulis tertumpu akan
tajuk berita yang boleh penulis kategorikan sebagai “GILA”, ...
SEJARAH CHRISTIANITY
-
1. Before Christ come ( B.C )
2. During Christ ( D.C )
3. After Christ ( A.C )
Before Christ come ( B.C )
Sebelum Christ ( Jesus ) datang, Jewnism memonopo...