Cogitation

It is clear, then, that wisdom is knowledge having to do with certain principles and causes. But now, since it is this knowledge that we are seeking, we must consider the following point: of what kind of principles and of what kind of causes is wisdom the knowledge? (Aristotle)

Dimana pemimpinku?


Assalamualaikum wbt.
Saya menulis tentang tajuk ini bukan untuk mencari kontroversi mahupun provokasi untuk pihak tertentu. Tetapi saya cuba ketengahkan tajuk ini kerana dari permehatian saya sebenarnya mahasiswa UNISEL ada semangat kebangkitan untuk menentang dan berfikir tentang implikasi dari sesuatu isu yang tidak memuaskan hati mereka. Tetapi mereka tidak mengenali “leader” yang ada untuk membawa suara ketidakpuasan hati mereka ke atas. Mengapa saya membuat statement begitu? Seperti yang kita sedia maklum dari awal lagi bahawa pelajar yang datang ke unisel hanya datang untuk aktif dalam berpesatuan, kelab, dan untuk mendapatkan “pointer” sebagus yang mungkin tetapi tidak mahu aktif dalam politik kampus. Mungkin kerana mereka ini tiada pendedahan atau tidak berani terlibat dalam politik kampus kerana penangan dari Akta AUKU 1975 yang membosankan, yang menjelikkan kerana akta inilah yang membuatkan mahasiswa menjadi layu, tidak berfikiran matang, dan tidak keluar dari kepompong “dunia dalam tempurung”. Saya juga tidak menolak jika dikatakan mahsiswa zaman sekarang hidup dalam keadaan mewah, cakap apa sahaja, kereta? Motor? Duit tambahan jika duit PTPTN habis? Semuanya akan ditunaikan oleh satu saluran yang wajib iaitu “MBF-Mak Bapak Finance”.
Berbalik pada soalan yang saya ketengahkan tadi, mahasiswa unisel sebenarnya ada sekelumit “bara” kebangkitan yang terpendam didalam diri mereka, tetapi, tidak ada pihak yang ingin meniupnya untk menjadi “api” perjuangan yang marak. Mereka sebenarnya masih lagi dilema dalam tercari-cari pemimpin yang boleh didekati, yang bersuara lantang dalam menegakkan hak-hak pelajar, yang berkarisma, dan yang paling penting pemimpin yang “mesra pelajar” yang sering turun padang bertanyakan tentang masalah pelajar dan masalah yang terbuku didalam jiwa mereka secara bertentangan empat mata. Tetapi saya tidak nampak lagi pemimpin yang berkarakter seperti yang saya katakan diatas (kecuali seorang dua sahaja). Lebih-lebih lagi pemimpin yang tidak mesra pelajar. Dimana pemimpin pelajar unisel? Sering pelajar-pelajar ini bertanyakan dimana pemimpin tertinggi, dimana pemimpin yang boleh bersuara lantang walaupun hanya satu masalah yang kecil sahaja, dan dimana pemimpin yang mereka boleh dekati untuk bersemuka secara santai dan berbicara tentang hak-hak pelajar diunisel? Pemimpin yang bagus perlu mendekati rakyatnya, bukan berjauhan dengan rakyatnya. Pemimpin juga perlu bijak bermain buah percaturan dalam memenangi hati rakyatnya biarpun kerja yang dilakukan tidak nampak dipandangan kasar tetapi biarlah objektif yang dilaungkan dibawa bersama-sama. Saya akui bahawa pelajar-pelajar unisel tidak ada keterbukaan hati dan minda dalam menghayati saluran-saluran seperti blog, email dan lain-lain. Ini lah cabaran sebenar kepada pemimpin untuk menarik minat mereka terhadap saluran alternatif tersebut. Ini akan menjadi lebih menarik jikalau pemimpin bersama pelajar membawa isu yang panas bersama-sama untuk dirungkaikn didepan pihak yang tidak bertanggungjawab secara bertentang empat mata. Barulah, pihak pengurusan nampak akan gelombang tsunami kebangkitan mahasisawa UNISEL. Tetapi untuk mendapatkan sokongan seperti berikut pemimpin perlulah merobah strategi pendekatan agar pelajar-pelajar unisel sedar akan tanggungjawab mereka dan sedar akan kehadiran pemimpin unisel didepan mata mereka dan suara ditelinga mereka.
Akhir kata, pelajar dan pemimpin saling memerlukan antara satu sama lain. Pemimpin yang berwibawa tidak gentar akan risiko yang akan dihadapinya walaupun digertak, diugut, dimaki hamun, namun idieologi yang diperjuangkan tidak akan luntur jika apa yang diperjuangkan mendapat sokongan bak ribut taufan dari pelajar. Tanpa pemimpin hak-hak pelajar sukar diperjuangkan manakala tanpa sokongan pelajar, suara-suara yang dibawa pemimpin dianggap seperti tikus yang ingin menentang kucing.

2 comments:

MUhammad SHAhimi aRIFFfin(mushariff) said...

salam saudara saiful...

Menarik post kali ini iaitu berkaitan kebangkitan MAHASISWA...Anda seakan-akan berminat dalam usaha membangkitkan MAHASISWA yang lena di Ulik mimpi...

Tak dinafikan sekatan seperti AKTA 555 oleh pihak kerajaan terhadap pelajar IPTS mengekang gerakan MAHASISWA..TTP secara peribadi Penulis merasakan bahawa dimana ada kekangan disitu ada tentangan....Bermaksud mahasiswa lebih merasakan nikmat dalam menggerakkan MAHASISWA...

Jangan lah anda terkekang dengan halangan yang mengambil tempat...Cubalah menggugat jika diri tahu bisa bangkit semangat...

Bantulah pimpinan dalam merencana agenda pembangunan MAHASISWA....

sekian;
MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
President,
Jimbit's Corp,
UNiSEL.

~Jentayu~ said...

wslm.

Saudara shahimi, coretan saya di atas berdasarkn pemerhatian saya. Baru-baru ini saya mendengar cerita tentang kebiadapan jana niaga terhadap pelajar baru.

Saya cuba mendengar masalah yang berbangkit selain isu jana niaga terdapat juga soalan selitan yang menarik minat saya untuk berkongsi idea didalam blog yang telah saya coretkan ini.

Pelajar-pelajar baru ini bertanyakan kepada saya, dimana pemimpin MPP? Dimana mereka tinggal? kenapa kami tidak nampak mereka? (kecuali seorang dua) Kalau YDP tidak boleh turun kenapa yang lain tidak datang turun dan bertanyakn masalah secara "face to face"?

Cadangan saya at least datang didalam hostel dan luangkan masa dalam 20minit duduk dgn pelajar baru ini dan bertanyakan masalah yang bersarang didalam hati mereka secara santai. Kalau ada masa bagilah sedikit ucapan yang boleh membangkitkan semangat mereka.
Dan secara tidak lansung saudara boleh mengubah minda diaorg untuk terlibat dalam politik kampus dan secara tidak lansung MPP boleh mengubah suasana politik Unisel menjadi lebih mantap sekiranya ada sokongan yang jitu dari pelajar.

Terima kasih diatas komen anda, saya hargainya.

Mohd Saifful Hassan
Jentayu
Unisel.

Post a Comment